Monday, October 3, 2011

Mengkuarantinkan diri...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Lama x update entry baru.. 8 hari menghabiskan MC di rumah (23-30 Sept '11).. mengkuarantinkan diri sbb bimbang gak kalau berjangkit.. ingatkan kali ni mama sorang jer kne rupanya serentak ngn abg aiman n abg ameer.. kesian kat anak2 ble time malam mula la rasa na menggaru jer... rupanya inilah penangan chicken pox.. org tua2 kata kalau da pnh kene, xkn kna lg tp ade gak kengkawan yg kna 2-3 kali... wallahualam...  apa2pun makan la ubat yg doktor bagi, insya-Allah sembuh cma kesan2 parut tu mayb amik masa sikit la na hilang sepenuhnya

Sedikit info tentang Chicken Pox -

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php

1 comment: