Showing posts with label cuti-cuti keluarga. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti keluarga. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Happy hour @ Sunway Lagoon - 22 Jan 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Sejak mlm tadi lagi hujan turun.. hingga ke subuh bawa ke terbit matahari still lg hujan (time ni da berkira2 na tuko plan lain da either Pusat Sains atau Aquaria) Iza try call member dia kat sunway n cerah katanya kat sana.. Yesz... berbalik ke plan asal nak ke sunway lagoon.. kul 11 bergerak dari rmh..

~ Here we come ~

~ My Family ~
~ Angah's Family ~
~ Ila's Family ~
~ Iza's Family ~
~ Beloved MAK n Daughters ~
~ Kami ~

Tengahari sampai ke petang melayani keseronokan bersama keluarga di Sunway Lagoon
Seronok sangat
Alhamdulillah

Happy hour @ i-city - 21 Jan 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Sebelum subuh pagi sabtu tu lbh kurang 4.45 pg.. mak n adik2 dari muo n jb sampai.. so lps subuh tu sy terus mengeluarkan bhn2 basah dri peti ais na buat cekodok udang ngn bihun goreng dan ayam lak utk mkn tgh.. pastu ajak mak keluar sbb na belikan gak roti canai kat kedai yg biasa sy pegi tu..

sambil2 tu call iza ngn ila.. iza gtau ketenya plak x bole start.. sianlah plak sbb plannya tghari tu mmg na lunch sekali kat uma.. so settelkan hal kete dulu..lps zohor baru iza sampai... lbh kurang kul 3 angah bawa aiman hazim ke sunway pyramid dan sy lak slps asar just temankan iza na cari brg kat carrefour.. selesai sume n tiba rmh balik dlm kul 6.30 ptg

Lepas maghrib terus bersiap2 na ke i-city plak.. sambil2 tu janji ngn ila jumpa kat sana jer.. ramai gak pengunjung time ni... lame gak tunggu ila n family sbb kitorang dari dua hala y berbeza rupanya ila parking kat open space tu.. patut la tercari2..

~ Mak & Adik2 ~
~ Beloved Sisters ~
~ Beloved Mak & Brothers ~

i-city ni mmg luas.. wlupun x dpt na xplore semua tmpat tp keseronokan tu lebih kepada perjumpaan kami adik beradik.. click sana sini dan yg penting keseronokan ble sesekali dpt bergather2 mcm ni.. cantik sgt i-city ni.. insya-Allah sy akan pgi lagi nx time.. lgpun x bole na spend mse lama2 kat sini sbb esok pagi da ada plan lain plak...

Monday, January 2, 2012

JB Trip @ 30 Dec 2011-2 Jan 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Alhamdulillah selesai sudah penutup cuti-cuti sekolah kami edisi 2011. Destinasi kami ke JB dan Pontian jer.. Balik umah mak dulu hari Khamis malam dan esoknya lepas solat Jumaat baru bertolak ke rmh angah.. Pagi Jumaat tu breakfast kat bando jer pastu lepak2 kat Tg Emas.. Santai2 kat tepi laut ngan cuaca yg agak redup, mak pun ikut sekali.

~ Tanjung Emas ~

On the way ke rmh angah tu mak ikut sekali singgah ke Pasir Gudang amik paksu (adik) kat uma sewanya.. 1st time ke sana rupanya Poli JB dan bertukar nama Politeknik Ibrahim Sultan. Sebelah malamnya kami berjalan2 di Danga Bay.. cuaca elok dan sesuai sgt menghabiskan masa bertemankan mak n adik2 yg turut serta.. Balik dari Danga Bay, man ngn as menyusul tiba...

~ Danga Bay ~

Keesokkannya, selepas bersarapan, kami bertolak ke Tg. Piai.. sebab kat sana lah terletaknya Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.. Kiranya 1st time la sy dan keluarga bawa anak2 ke Taman Negara... Cuaca agak terik gak time tu dan angin laut agak kuat.. gayat gak mulanya na meniti jambatan sampai ke penghujung yg tersedia pondok utk menyaksikan pemandangan laut yg terbentang luas... Nun jauh kat tengah laut, banyak kapal2 yg berlabuh. Petangnya sekadar jalan2 kat Jusco Bukit Indah jer..

~ Tanjung Piai ~

Hari ketiga kat JB, lepas bekpes, kami ke Zoo Johor Bahru lak.. Murah jer tiket utk dewasa RM3 dan knk2 cuma RM2.. Binatang x berapa byk kat zoo kalau na compare ngn Zoo Melaka n Zoo Negara la.. tp anak2 nmpk seronok jer janji dpt tgk haiwan katanya.. Puas meronda angah bawa ke Larkin sbb na lunch kat sana.. Selesai makan2 kami bergerak balik ke Muar..

~ Zoo Johor Bahru ~

Sekian...

Tuesday, December 27, 2011

Cuti-Cuti Part 2 @ 19 Dec 2011

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim


~ Welcome to Terengganu ~

Hari ni merupakan hari kedua kami kat Kuantan, lepas jer breakfast di Garden Terrace, kami bertolak ke Kuala Terengganu.. Alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan pergi sgt baik dan dpt la menikmati panorama sepanjang perjalanan.. Maklum jer la sbb 1st time na ke Kuala Terengganu... Berhenti makan tengahari di Medan Selera Pantai Batu Burok sebelum teruskan destinasi ke Masjid Kristal.. Sampai jer pintu masuk ke Taman Tamadun Islam... gerimis semakin lebat, masuk semula dlm kereta n terus ke Masjid Kristal dan solat.. dapatlah pusing2 sekitar MK tu n ambil gambar kenang2an.. 
~ aisyah, rodi, arfah ~
~ elia, sy, haziq, aisyah, nadhirah ~
~ hazim ~

Destinasi kedua kat bandar KT adalah Pasar Payang.. Ralit gak mata bila singgah kedai ke kedai... Dapatlah sy beli 3 pasang batik kat sana.. memang rambang mata la..mcm2 corak ada dan cantik2 semuanya.. Puas meronda kat bahagian atas, sy singgah kat bhgn bawah plak beli la juga keropok2 ikan yg blm bergoreng tu kat sana..
~ hazim, aiman, muhiit, ameer ~
 
~ aiman, abg, haziq ~

Hari pun semakin ptg, dlm perjalanan balik, kami singgah di Masjid Terapung sementara umi menantikan ibu saudara Elia yg tggl berhampiran kawasan tu.. Seterusnya kami dibawa makan malam di restoran berhampiran... Macam2 yg diorder dan sedap2 belaka..Alhamdulillah kenyang.. Sebelum meneruskan perjalanan balik kami singgah sekejap di rumah mama Ain utk solat maghrib dan lebih kurang pukul 8 mlm kami bertolak balik ke Kuantan... 3 jam perjalanan hingga selamat sampai di hotel penginapan

Yeah... esok xtvt santai kat Kuantan jer...

Wednesday, December 21, 2011

Puchong-Kuantan-Kuala Terengganu-Puchong 18-21 Dec 2011... Day 1

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Percutian yang ditunggu2 telahpun berlalu dengan selamat... 4h3m macam lama tp bila da melaluinya rasa sekejap la pulak. Bertolak awal pagi seawal 6.30, kami bergerak terus ke Kuantan melalui LPT (1st time ikut LPT) sbb last g Kuantan adalah 11 tahun yg lalu hehe. On the way pergi tu bertemankan hujan sekejap2 di sepanjang perjalanan dan destinasi pertama kami meronda ke bandar Kuantan dan masuk ke East Coast Mall.. masa tu da pukul 11 pg apalagi kami terus lunch di RasaMas

~ We are in Green ~
Perut da kenyang, kami tawaf dulu keliling East Coast Mall.. sebenarnya na lengah2kan masa supaya sampai jer di hotel terus check in.. anak2 mmg dah x sabar time ni.. papepun..kna la isi perut dulu..lgpun da time lunch... Sampai hotel..cun2 jer bilik da ready cme family room jer lom lg (xpelah sbb umi pun masih otw lagi..so by the time sampai tu terus check in la...)

Rehat sekejap anak2 da x sabar tukar swimming suit masing2.. time utk menceburkan diri dlm pool... mcm biasa, sy sekadar pemerhati tepi pool merangkap camera woman.. seronok betul tgk gelagat anak2 dlm air, sampai da menggigil2 pun x puas2 lg berendam... tenangnya rasa time ni..lupe sekejap hal2 opis haha

To be continued...


Friday, September 16, 2011

Happy 11th Anniversary & Cuti2 With Family

 
~ Our Beloved Family ~
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Hari ini (16.9.2011) genap 11 tahun usia perkahwinan kami..
Sempena keberkatan Syawal ini, kami memohon semoga ikatan yang suci ini..
Sentiasa berada dalam Keredhaan dan KeberkatanMU...
Amin Ya Rabbal Alamin

~ Happy Hour ~
~ Ameer ~
~ My FIL ~
~ My SIL ~
~ shoot ~
Alhamdulillah... anniversary ke-11 ini kami sambut sempena percutian keluarga di PD
Menginap 3h2m di Paradise Lagoon Apartment
Ini merupakan percutian ke-2 pd tahun ini bersama keluarga mertua
Seronok melihat keriangan anak2 bersama amichik ngn halachiknya
Pagi dan petang byk masa dihabiskan di swimming pool
Adik Haziq pun bukan main suka bila direndam dlm pool
Saya? duk tepi jerlah sambil perhati keriangan mereka

~ LOTS OF LOVE ~





Tuesday, May 31, 2011

Cuti@PD


Percutian pertama bersama keluarga dalam tahun ini...

Destinasi kali ini kat PD jer bersama keluarga mertua..penginapan lak di Admiral Cove Avillion..yg paling seronok da tentu anak2 sbb dalam kepala tu da set na berendam kat swimming pool sama2 ngan amicik n halaciknya..

Kami keluar rumah lebih kurang 10 pg ikut jalan na ke Bagan Lalang..rupanya dri sana xler jauh sangat na sampai ke PD..jalan pun clear..sepanjang perjalanan tu haziq lak kejap2 na mengamuk jer..mgkin sebab badan x selesa kot tgh selsema..lebih kurang sejam sampailah di PD..cari port na isi perut dulu..so kami makan di medan selera...memandangkan masa utk check-in lama lagi..kami jalan2 dulu di PD..sebenarnya na cari kedai kek sbb 31May2011 birthday haziq..kejap jer haziq da setahun...

Pusing2 n tercari2 jumpa juga kedai kek yg biasa2 jer..so x byk pilihan kek yg ada..da tu jer yg ada n mcm oke terus beli n bawa ke hotel..sementara baju memasing lom comot, kami tangkap gambo dulu..tupun haziq start ngamuk sbb xmo dipegang..kek biase2 jer la sbb nama pun sponge kek..da xde pilihan lgpun..xpe weekend ni sy na repeat celebrate besday haziq walaupun belated, belasah jer..MJ kata na dtg..so party hour kami adik beradik hehehe..la ni sy tgh pk na masak apa..ala2 special wat kami2..na cari kek lain..tungguuuu...