Friday, February 14, 2014

Lamanya tak menjengah di ruangan ini

Bismillahi Rahmani Rahim...

Setahun sudah berlalu...
Februari muncul kembali

Dah lama saya tak mengupdate ruangan ini
Terlalu banyak yang ingin dikongsi
Hari-hari yang punya cerita tersendiri
Insya-Allah akan saya kongsikan di sini
Mengimbas hari-hari yang telah dilalui
Ibarat bingkisan diari

*... bersambung

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Lahir Abang Hazim

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim


Selamat Hari Lahir Sayang
Mama, ayah, abang aiman n adik2 sentiasa doakan yg terbaik buat Hazim
We love you so much

Sunday, September 30, 2012

Temasya Sukan Tahunan SKCJ @ 30 September 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim


Lama da rasenya x mengupdet xtvt dlm blog..  so kali ni cuma na cite2 jer pasal Temasya Sukan kat sklh anak2 (Aiman & Hazim). Kul 7.15 kami bertolak ke sklh sbb murid2 kena ada di sklh pukul 7.30 pg... datang awal dptlah park dekat2 ngn pago sklh :-)

~ Ucapan Perasmian oleh PPD ~

Tahun ni abg Aiman jer yg masuk acara.. tu pun yg satu lagi da diadakan seminggu awal masa sukantara dan satu lagi masa hari temasya.. Hazim jer x masuk sbb awal2 da kalah katanya.. xpelah.. so xdelah dia ikut g sklh tadi..  program bermula pukul 9 pg sebaik sahaja perasmian dimulakan oleh PPD Sepang.

~ INSPIRA ~

Sampai2 jer kat sklh, abg. Aiman terus ke khemah rumah biru

~ PERDANA ~

Ni dia Rumah Perdana yang menjuarai acara perbarisan dan hiasan rumah tercantik bagi tahun 2012.. cute jer persembahan adik2 ni yg membawakan mascot ANGRY BIRD :-)


~ Acara Balapan Akhir ~

Acara balapan akhir sedang berlangsung di tengah2 padang walaupun cuaca agak terik ketika ini

~ Juara Kejohanan ~

Tahniah kepada Rumah Inspira kerana berjaya menjadi juara tahun ini.. Olahragawan dan Olahragawati yg juga dari rumah Inpira serta pencapaian rekod baru yg telah dicapai.


 ~ Hadiah abg. Aiman & Ayah ~

Walupun berpanas di tengah padang... terserlah kepuasan pada wajah anak2 yg memenangi acara disertai. Kepada semua yg terlibat dalam menjayakan Temasya Kejohanan SKCJ 2012, syabas dan tahniah diucapkan hingga jumpa lagi di tahun hadapan

Tuesday, August 28, 2012

Corat-coret Aidil Fitri 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
~ SALAM AIDIL FITRI ~
DARI
KAMI SEKELUARGA

Alhamdulillah hari ni jer da masuk Syawal ke-10, seperti tahun2 sebelumnya, saya bergilir2 pada malam raya sama ada di rumah mak atau mertua.. dan tahun ni giliran di rumah mak tp kami start bercuti ikut cuti sekolah anak2, maka dapatlah berpuasa di rumah mertua dan sehari sebelum raya di rumah mak.

~ pagi 1 Syawal ~
Sedih time ni sebabnya bkn setakat sy dan suami malahan anak2 turut mengalirkan airmata

~ Anak2 bersama adik2 n anak saudara ~

~ Raya pertama di rumah mertua ~
Taman Bukit Pasir
~ Anak2 bersama sepupu lelaki sebelah suami ~
Taman Mas

~ Raya ke-3 di rmh future sis in-law ~
Pantai Layang

~ Raya ke-4 di rumah Harid (Umi Laila) ~
Taman Desa Duyong

~ Raya ke-5 bersama MAK & adik2 di BBU, JB ~

~ Raya ke-6 di rumah Nurul bersama ex-classmate ~
Form 5&6

~ Raya ke-7 di rumah ~
Anak2 saudara sebelah saya

~ ***** ~


Sunday, August 12, 2012

10 tahun yang lalu...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

10 tahun yang lalu arwah abah meninggalkan mak & kami adik-beradik buat selamanya
114 hari yang lalu anak keempat sy menyusul arwah atuknya
Tabahlah wahai hati menerima setiap ujianMu
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh abah dan anakku
Tempatkan kedua2 insan yang amat kami sayangi ini yg telah mendahului kami
Di sisi orang2 yg beriman

Al-Fatihah

Friday, August 10, 2012

Yang dinanti tiba jua...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Akhirnya surat yg sy nanti2kan tiba jua genap 105 hari pemergian Sayangku Haziq
Sy berdebar ingin mengetahui apakah keputusan laporan yg terkandung di dalamnya
Bergetar hati ini tatkala bibik maklumkan surat tersebut telah sampai di rumah
Sekaligus rasa x sabar na buka dan mengetahui isi di dalamnya

Sayangku Syed Haziq bin Syed Argil
Biarpun adik telah meninggalkan mama, ayah, abg aiman, abg. hazim, abg. ameer dan bakal adikmu buat selamanya
Namun setiap saat kami merinduimu
Rindukan keletah adik
Rindukan pangggilan adik terhadap mama (Seringkali adik memanggil Ma..Ayah dan Abang)
Rindukan tawa dan tangis adik
Rindukan ciuman adik
Sesungguhnya mama sangat2 merinduimu sayang
Apatah lagi Ramadhan ini tanpa adik di sisi

Laporan Perubatan yg mama terima ini melegakan hati mama dan ayah
Meskipun adik tidak menghidapi sebarang penyakit berbahaya
Allah lebih menyayangi adik
Mama dan ayah redha dengan ketentuanNya
Al-Fatihah

Friday, July 20, 2012

Ramadhan ini...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Ramadhan datang lagi...
Sayu di hati teringatkan arwah Adik Haziq
Ramadhan lalu, sy sibuk melayani keletah arwah ketika bersahur dan berbuka
Ramadhan kali ini Adik Haziq telah meninggalkan kami buat selama2nya
Al-Fatihah sayangku Haziq
Mama, Ayah, Abg Aiman, Abg. Hazim, Abg. Ameer akan sentiasa merinduimu

~ SELAMAT BERPUASA ~

Friday, July 6, 2012

Happy 5th Birthday Sayangku Ameer

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
Alhamdulillah
Hari ni genap umur Ameer 5 Tahun
Selamat Hari Lahir Sayang
Doa mama, ayah, abg. aiman & abg. hazim sentiasa mengiringimu
~ Happy Birthday Sayang ~
~ WE LOVE YOU SO MUCH ~

Monday, June 18, 2012

Penutup Cuti Sekolah Jun 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Agak lama sy x mengupdet catatan dlm blog... Cuti persekolahan pertengahan penggal 2012 juga telah lebih seminggu berakhir. Alhamdulillah minggu terakhir cuti sy dan suami telah mengambil cuti kerana kebetulannya minggu tersebut, sepupu sebelah arwah abah melangsungkan perkahwinan di BP

Khamis - 7 Jun @ 6.30 pagi, kami memulakan perjalanan menuju destinasi pertama iaitu Melaka.. terlanjur on the way blk ke Muar n masih awal pagi, kami exit di Ayer Keroh, bersarapan di Bukit Baru, Melaka dan berjalan sekitar A Famosa dan Dataran Pahlawan.. pengunjung pun belum begitu ramai time macam ni..

Aiman*Hazim*Ameer
Abang & Adik-adik

Sebelum meneruskan perjalanan ke Muar, kami singgah di Masjid Selat @ Masjid Terapung... Inilah antara gambar2 yg sempat dirakam ketika berada di Melaka.

Masjid Selat
Ayah & Mama
Anak2 tersayang


Thursday, May 31, 2012

31.5.2010 ~ 28.4.2012 Dalam kenangan

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Sesungguhnya kami adalah milik Allah
Dan sesungguhnya segala sesuatu akan kembali kepadaNya
Ya Allah!
Berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku
Dan berilah aku pengganti yang lebih baik darinya
(Hadis Riwayat Muslim)




Al-Fatihah
Adik Syed Haziq Bin Syed Argil
(31.5.2010 ~ 28.4.2012)


Sekiranya arwah masih ada, hari ini 31.5.2012 merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke-2. Pemergiannya tanggal 28.4.2012 @ 12.30 tgh (seperti mana yang tercatit dlm sijil kematian), perginya ketika berada dalam dakapan sy masih segar terbayang di ruangan mata.. terdengar2 suaranya pada malam sebelumnya memanggil mama, ayah, abang, ameer, bibik.. rupanya saat itu memberi petanda bahawa arwah ingin meninggalkan insan2 yg amat menyayanginya buat selama-lamanya.

Sayangku...
Mama redhakan pemergianmu
Mama ikhlaskan hati menerima takdir yg tertulis utk kita
Sesungguhnya Mama, Ayah, Abg Aiman, Abg. Hazim, Abg. Ameer akan sentiasa merinduimu
DULU, KINI DAN SELAMANYA...





Monday, April 9, 2012

Family Day Penyata Rasmi @ Janda Baik 7.4.2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
Alhamdulillah
Hari yg ditunggu2 da tiba
6.45 pg kami bertolak ke Janda Baik
Menuju ke Zaini Guest House
Siap terlajak lagi menuju ke arah Bentong/Raub baru patah balik
Akhirnya kami tiba....
Antara gambar2 yg telah dirakam

~ Cantik & Sedap ~

~ Wajah-wajah Ceria ~
~ KAMI ~
~ Peraduan Mewarna ~
~ Hadiah-Hadiah Menunggu Tuan ~
~ Isi Air Dalam Botol ~
~ Yeah Mandi Sungai ~
~ Yeahhh Dapat Hadiah ~

Syukur sangat2 kerana program yg dirancang telah berjalan dengan jayanya.. terima kasih kepada Ketua Unit yg mula2 sekali mencetuskan idea untuk Family Day ini.. special thanks to AJK Penyata Rasmi yg bertungkus lumus memastikan program yg julung2 kali ni direalisasikan.. terima kasih x terhingga kepada semua staf yang sama2 menjayakan dan memeriahkan lagi acara Family Day.. happy sangat dan pastinya menjadi kenangan terindah buat semua... 

Friday, March 30, 2012

Catatan harian @ 10 & 11 Mac 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Agak lama x menjengah blog walaupun banyak yang hendak diabadikan kat sini... seperti biasa, rutin harian sy x menentu mulai awal Mac lagi.. Alhamdulillah minggu pertama cuti persekolahan yg lalu, sy sekeluarga balik ke BP n Muar.. walaupun berjumpa dalam tempoh waktu yg singkat tp masih berkesempatan melakukan xtvt bersama2 ngan insan2 yg sgt2 sy sayangi..

Kat BP anak2 nampak happy bermain ngan amicik dan halanya, bermain dgn arnab2 yg semakin byk bilangannya dan sempat juga sy bawa beriadah di Tasik Y pada pagi hari Sabtu 10/3/2012 tu.. Kata umi, agak lama juga x bawa derang ke sana dan pagi tu dpt la main kat sana..

~ Tasik Y ~

Ptg sblm balik ke uma mak, anak2 sibuk na bawa balik dua ekor arnab ke pcg (wlupun tanpa pengetahuan sy rupa2nya plannya na bawa 4 ekor sekaligus yg da diletakkan siap2 dlm kotak).. sy cakap cukuplah 2 jer n xna amik sepasang (bkn apa cme takut x terhandle) bla masing2 da start naik sekolah n sy ngn abg da tentu2 hari2 keje.. so on the way balik tu singgah kedai beli cage yg cukup2 utk 2 ekor arnab LUFI & LIFI :-)


 ~ Lufi & Lifi ~

Petang tu gak sampai uma mak dalam kul 5 lebih..kuarkan barang2 dari kereta n ajak mak g makan kat Sabak Awor.. selama ni cume dengar jer komen adik2 yg da pegi sana.. so ptg sabtu tu sy x lepaskan peluang.. walaupun hujan gerimis akhirnya kitorang sampai gak tempat ni...

~ Gerai Wak Jos ~

Ok, perut da kenyang..berbaloi2 makan kat cni..makanan sedap, harga berpatutan n sgt berpuas hati..mau repeat lagi ble balik uma mak... pegi time2 kitorang sampai, org lom ramai..so servis pun cepat.. mak cakap kalau dtg malam mmg penuh n terpaksa tgg org2 yg tgh makan...hehehee baru dapat tmpt.. so waktu terbaik adalah pegi time2 macam sy g ;-).. perut da kenyang balik rumah n rehat2 sebab pagi2 esok da gtau mak na breakfast kat luar jer.. Biasanya kalau blk uma mak, kitorang akan breakfast sate.. macam pelik jer pagi2 da makan sate tp itulah realiti bagi y da biasa ngn Muar.. Dah kenyang x terus balik pun tp singgah Dataran Tanjung Emas.. kebetulan pagi tu ada pertandingan memancing

~ Bersusun jer tgg hasil ~

Kitorang just lepak melayan anak2 main n berlari2 jer.. cuaca lak sangat berangin time tu.. padang agak kering, so bole la duduk2 atas rumput tu..


~ Bangunan lama ~

Time ni, abang2 da berlari ke sana kemari ngn permainan yg bole terbang tu.. sy ngn abg just monitor jer anak2 bermain.. lama gak la bersantai kat situ.. ada gak bual2 ngn pengunjung lain yg juga lepak kat situ.. sesekali bila balik uma mak, inilah satu2nya destinasi terdekat yg plg sy suka

~ Bendera Negeri Johor ~

X lama tu datang la sorang2 datang ke dataran tu nak naikkan layang2.. bkn layang2 kecik mcm sy selalu main zaman bdk2 dulu tp layang2 moden sekarang.. seronok tgk gelagat derang main layang2

~ Layang-layang ~

Ok.. puas main, berlari2 ke sana kemari, jom balik.. sebelum tu singgah minum cendol mamak.. rasanya mamak yg sama sejak sy msh sklh dulu... pd sy rasa lbh kurang jer yg sy prnh mkn makan kat tmpt2 lain cme harga jer yg berubah..


~ Cendol Mamak ~

Kebiasaannya sy kalau balik uma mak mesti sebelum tghari ahad da siap2 bergerak balik ke pcg... tp balik kali ni teringin lak na mkn putu bambu paso mlm... alhamdulillah dapat akhirnya.. so inilah rupa dia.. my favourite dulu, kini dan selamanya...

~ Putu Bambu ~

End






Monday, March 5, 2012

Selamat Hari Lahir ke-9 Sayangku Aiman

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

~ Aiman ketika berusia 1 tahun lebih ~

Alhamdulillah
Aiman genap 9 tahun hari ni
9 tahun yang lalu @ 2.37 pg terdengar tangisan pertama Aiman
Semoga dengan pertambahan umur ini
Menjadikan Aiman semakin matang
Membesar dengan sihat
Menjadi abang contoh kepada adik-adik
Menjadi anak yang soleh
Doa Mama, Ayah & Adik2
Akan sentiasa mengiringi langkahmu

Sunday, February 26, 2012

Funride kat putrajaya sempena Karnival WOW Putrajaya 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Pertama kali sy follow betul2 event ni.. maknanya sy pun kayuh sekali ngn ribuan peserta lain tu.. katanya penyertaan teramai dan masuk dalam Malaysia Book of Record, wallahualam.. yg penting mission accomplished.. na menghabiskan kayuhan sejauh 35km huhu.. 10 km yg pertama tu masih steady lagi.. tp km seterusnya ngn laluan bukit2 yg agak tggi pd sy.. mmg mencabar keupayaan sy... anak2 kat uma kata muka ayah kuar dlm tv mase lintas langsung rancangan SPM TV1.. nmpk ayah lambai2 tp camne x nmpk mama lak time tu....he

~ NPC ~

Ape2 pun sy enjoy sgt ngn xtvt berbasikal macam ni

Friday, February 24, 2012

Sambutan Maulidur Rasul di opis @ 24 Februari 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Alhamdulillah
Walaupun julung2 kali diadakan di peringkat jabatan
Sambutan bole tahan gak
Sebab ramai yg turut sama berarak
Satu pusingan terus menuju ke Bilik Taklimat
Jam 10 bermulalah sesi ceramah bersama Mantan Imam Masjid Negara
Penyampaian ceramah yg sgt best
Program diakhiri dgn jamuan makan tengahari di cafeteria

~ Ofisku ~
~ sy, lina, wani, aifa, noris ~

Selesai