Wednesday, September 21, 2011

Perkongsian Ilmu

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan
dan pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sebenarnya ini merupakan entry hari Khamis yg lalu.. Saja na berkongsi ilmu iaitu kesempatan sy mengikuti kursus anjuran JPM bertajuk "Menangani Isu-isu Perkahwinan Melalui Kaunseling Pasangan" Sebuah kupasan yang menarik hasil penyampaian pasangan suami isteri Ustaz Che Hashim Mat Said & Ustazah Hajah Zawiah Hassan

Antara intipati yg disampaikan berkenaan "Tunjang Kebahagiaan Rumah Tangga" haruslah ada ciri-ciri seperti:
* Ta'aruf iaitu kenal mengenali
* Tafahum iaitu faham memahami
* Tasamuh iaitu berlapang dada
* Taradhi iaitu reda meredai
* Ta'awun iaitu tolong menolong

disertai amalan doa-doa yg dimulakan dgn Al-Fatihah dan Ayat Kursi serta amalan surah-surah:
* Surah Insyirah ayat 1-8: Doa semoga anak-anak dipermudahkan menerima pelajaran
* Surah An-Nur ayat 30: Doa untuk terangkan hati
* Surah Thoha ayat 1-5: Doa pelembut hati (ditiup ke ubun2 anak2)
* Surah Ibrahim ayat 40: Doa semoga anak2 tetap mengerjakan solat
* Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yg baik
* Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
* Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
* Surah Yassin ayat 22-23: Doa untuk menjaga akidah dan memberi hidayah kepada anak
* Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
* Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan dan menyenangkan hati ibu bapa/doa  untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Insya-Allah ubat dlm segala ubat adalah Al-Quran

Alhamdulillah.. byk perkongsian ilmu yg sy perolehi sepanjang hari berkursus tersebut.. insya-Allah akan sy praktikkan dlm kehidupan sy sekeluarga.. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment