Monday, January 2, 2012

JB Trip @ 30 Dec 2011-2 Jan 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Alhamdulillah selesai sudah penutup cuti-cuti sekolah kami edisi 2011. Destinasi kami ke JB dan Pontian jer.. Balik umah mak dulu hari Khamis malam dan esoknya lepas solat Jumaat baru bertolak ke rmh angah.. Pagi Jumaat tu breakfast kat bando jer pastu lepak2 kat Tg Emas.. Santai2 kat tepi laut ngan cuaca yg agak redup, mak pun ikut sekali.

~ Tanjung Emas ~

On the way ke rmh angah tu mak ikut sekali singgah ke Pasir Gudang amik paksu (adik) kat uma sewanya.. 1st time ke sana rupanya Poli JB dan bertukar nama Politeknik Ibrahim Sultan. Sebelah malamnya kami berjalan2 di Danga Bay.. cuaca elok dan sesuai sgt menghabiskan masa bertemankan mak n adik2 yg turut serta.. Balik dari Danga Bay, man ngn as menyusul tiba...

~ Danga Bay ~

Keesokkannya, selepas bersarapan, kami bertolak ke Tg. Piai.. sebab kat sana lah terletaknya Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.. Kiranya 1st time la sy dan keluarga bawa anak2 ke Taman Negara... Cuaca agak terik gak time tu dan angin laut agak kuat.. gayat gak mulanya na meniti jambatan sampai ke penghujung yg tersedia pondok utk menyaksikan pemandangan laut yg terbentang luas... Nun jauh kat tengah laut, banyak kapal2 yg berlabuh. Petangnya sekadar jalan2 kat Jusco Bukit Indah jer..

~ Tanjung Piai ~

Hari ketiga kat JB, lepas bekpes, kami ke Zoo Johor Bahru lak.. Murah jer tiket utk dewasa RM3 dan knk2 cuma RM2.. Binatang x berapa byk kat zoo kalau na compare ngn Zoo Melaka n Zoo Negara la.. tp anak2 nmpk seronok jer janji dpt tgk haiwan katanya.. Puas meronda angah bawa ke Larkin sbb na lunch kat sana.. Selesai makan2 kami bergerak balik ke Muar..

~ Zoo Johor Bahru ~

Sekian...

No comments:

Post a Comment