Friday, August 12, 2011

Abah dalam kenangan...al-Fatihah

 
Bismillahir Rahmaanir Rahiim

~ 12.8.2002 - 12.8.2011 ~
9 TAHUN BERLALU
AL-FATIHAH BUAT ABAH
SEMOGA ROH ABAH TENANG BERSEMADI DI SANA
BERSAMA-SAMA ORANG YANG SOLEH
DOA DARI ANAK-ANAKMU
SENTIASA MENGIRINGIMU
KAMI SAYANG ABAH
 
DOA UNTUK AYAH-IBU
"Allaahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhumma kamaa rabbayaanii shaghiiraa"

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan kasihanilah keduanya
~ sebagaimana mereka mengasihiku pada waktu kecil ~


Ayah dan Ibu

Ayah dan ibu(2x)
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

Ayah dan ibu(2x)
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati

Ayah dan ibu wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

Insya-Allah
Amin

Wednesday, August 10, 2011

Blackout...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Petang semalam mse sy sampai di rumah, anak2 bgtau tv on n off, ermmm nape plak tu? Sementara ayah tlg tgk2 kan apa yg berlaku kat atas, sy kat dapur tgh bancuh tepung na buat cekodok udang... tetiba anak2 panggil n bgtau "karen" xde...ingatkan trip mcm yg pernah berlaku sebelum2 ni tp rupanya main cable jiran sblh rumah terbakar (itupun setelah 2 org kakitgn TNB dtg check meter kat depan) 3 rmh terbabit.. katanya nx team akan dtg utk baiki.. sekali lagi abg hubungi talian 15454 tu sbb tunggu2 derang x sampai2 lagi... lebih kurang kul 7.10 malam team TNB sampai dan lakukan kerja2 baik pulih.. alhamdulillah bekalan pulih lbh kurang pukul 8.50 mlm.. check sekali barang2 elektrik kat rmh n dapati 2 brg rosak (kipas angin berdiri ngn set hi fi) aduyai tp katanya leh claim ngn TNB.. walluhualam...

~ lilin yg menemani kami waktu berbuka semalam ~

Pagi tadi sy hubungi pihak TNB melalui ruangan Chat with us sbb na ty prosedur na wat claim tu.. lgpun ni 1st time jadi kat sy.. Berdasarkan maklumbalas diberikan, kena lak buat report polis dlu n sertakan no rujukan laporan kerosakan smlm, orait in progress sbb ptg ni singgah balai wat report.. dalam pada tu jiran sy call gak td bgtau barang dia yg rosak sampai 7 biji - aircon, mesin basuh etc.. lg la byk huhu.. xpe la kte proceed ngan laporan polis seperti mana yg diberitahu dan insya-Allah ada la jalannya nanti

End.






Monday, August 8, 2011

Kisah pagi Isnin @ 8.8.2011

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Pagi ni sy agak lewat keluar dri rmh.. rutin biasa lepas hantar anak2 ke sekolah baru g keje... Kereta sudah banyak maaa... tu la kalau kuar lewat mmg kne sabar byk2... dalam hati x putus doa supaya tiba opis sblm kul 8 pg.. 

Nak jd cite, kat Plaza Tol MEX putrajaya menuju ke KL jer td stuck kat 3 lorong TnG n smart TAG... palang penghadang xmo naik daa... sudahnya q semakin panjang... Sebelum2 ni kalau setakat satu lorong TnG dan smart TAG berfungsi waktu pagi mmg da biasa sgt (sepatutnya pihak pengurusan lebih peka sebab waktu pagi ramai pengguna lebuh raya) bila x semua lorong di plaza tol dibuka..mmg berderet la jawabnya... da mcm lorong tunai ler plak ble da berderet2 tu... :-(


~ lampu hijau tp kereta x bergerak ~

Bila da terselit kat deretan kenderaan yg byk tu, ke depan x bole, mengundur pun x bole, na ke lorong sblh lg la x bole sbb deretan kun2 yg ada.. x pernah2 berdepan ngn situasi mcm ni, da la lmbt keluar dari rmh kat plaza tol stuck pulak..ermm ble da lmbt, mcm2 leh jd...

End

Sunday, August 7, 2011

Weekend...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
Sabtu
Minggu ni mmg xde plan na kemana2
Selepas zohor keluar sekejap
Plan na ngecat dinding kesan "mural" anak2 ksygn
Pantang jumpe pen/pensil, dinding lak jd sasarannya
Kalau sikit2 ok lagi na mengelapnya tp byl lak spot nya
Apalagi, mengecat juga ler kesudahannya
Lepas asar, sy start masak juadah utk berbuka
Menu biasa jer - nasi impit, lodeh, rendang daging, kuah sate dan puding roti
Alhamdulillah syukur dgn nikmat rezeki hari ni

Selepas berbuka baru perasan ada MMS yg lom dibuka
Terkejut gak sbb x pula dimaklumkan tentang apa
Rupanya peristiwa rumah jiran lama kami terbakar


                   ~ MMS Kesan Kebakaran ~

Nasib baiklah anak2nya yg ditgglkan kat uma tu sempat menyelamatkan diri
Sebelah malam sempatlah sy dan abang ziarah keluarga mangsa
Speechless...semua brg2 dlm rmh x dpt diselamatkan
Iktibar utk diri sy juga
Jgn sesekali tgglkan anak2 yg masih kecil sendirian di rmh

Ahad
Sepanjang pagi kami habiskan masa di rumah jer
So xtvt biasa jer
Menu berbuka lak buat nasi ambeng
Sebabnya request dari Aiman
Kebetulan buatnya xla sesukar mane
Alhamdulillah nikmat rezeki berbuka kami :-)

Tuesday, August 2, 2011

Berlalu sudah hari pertama Ramadhan 1432H

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Alhamdulillah Ramadhan memasuki hari ke-2 hari ni
Semalam, kami bersahur seisi keluarga termasuk adik Haziq jam 5 pg
Serentak melatih anak2 berpuasa
Abang Aiman alhamdulillah masuk tahun ketiga berpuasa
Abang Hazim, Abang Ameer baru belajar berpuasa
Adik Haziq sbb mmg selalu bagun awal, lebih awal dari mama ngn ayah

Tengahari
Sy telefon ke rumah
Rupanya balik jer dari sekolah td, hazim makan aiskrim
Sy ty hazim knp x tunggu waktu berbuka?
"Hazim lapar la ma..."
Sy sambung, hazim cakap na puasa sama2 kan?
"Ameer tu boleh makan?.."
Ada jer jawapannya
Bibik bgtau dia x sempat na halang hazim td
Harap2 hari ni dapatlah hazim tahan sampai waktu berbuka
Tak sabar tggu tengahari ni lepas aiman hazim balik dr sekolah
Spotcheck hari kedua :-)

Petang
Jalan agak sesak mse balik keje semalam
Masing2 berkejar na sampai ke rumah
Sampai rmh sempatlah bw anak2 ke pasar Ramadhan
Banyak kuih muih yg da habis
Niat hati na cari kuih seri muka
Takpelah mayb bkn rezeki sy.. da habis
Cuma beli sup tulang ngn roti john
Kat rmh da siap daging masak kicap, telo dadar ngn sayur buncis goreng
Cukuplah utk juadah berbuka hari ni
Alhamdulillah

Monday, August 1, 2011

Ramadhan bertamu lagi...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Tiada Bicara SEINDAH ZIKIR
Tiada Harum SEMERBAK SYURGA
Tiada Ibadah SETENANG SOLAT
Tiada hari SEMURNI JUMAAT
Tiada bulan SEMULIA RAMADHAN

Salam Ramadhan 1432H
Semoga Allah SWT memberkati kita semua dengan Iman, Taqwa, Kebahagiaan, Kesabaran & Kesihatan dalam menjalani ibadah puasa
Semoga ibadah kita akan diberkati dan mendapat ganjaran yang sebaiknya dari Allah, insya-Allah
Amin...

Friday, July 29, 2011

G Stadium Bukit Jalil @ 28.7.2011

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim...

Semalam sy, suami n anak2 kecuali haziq bersama kengkawan Nusaputra pergi ke Stadium Bukit Jalil sbb da plan awal2 na tgk perlawanan timbal balik Malaysia-Singapore... anak2 paling xcited sbb kami ke sana naik public transport (ERL/LRT)... kalau berkereta da tentu bersesak2 atas jalan raya...



~ thanks to mr norizan sbb tlg book kan tiket online ~
~ baru tiba ~
 ~ barisan pemain Malaysia-Singapore ~
 ~ 1st half ~
~ ameer ~ 
 ~ hazim ~
 ~ aiman ~

Pergi dengan harapan moga2 kemenangan milik Harimau Malaya.. keluar jer dari perut LRT da dengar sorakan penyokong2 Malaysia.. ramainya kata anak2 :-) apa tidaknya ribuan manusia da membanjiri kwsn stadium..bersesak2 jgelah kirenya na tuju ke pintu utama (pintu merah) tu.. alhamdulillah dapat tempat duduk walaupun kami tiba agak lewat (dlm pukul 8.15 lebih kurang)...

8.45 mlm, mata da start fokus ke tgh padang - melewati 1st half tanpa jaringan gol kedua2 pasukan... masuk 2nd half... sorakan bergema apabila safee sali jaringkn gol pertama pd minit ke-57 TAPI berbalas juga dari pihak lawan pd minit ke-71... kesudahannya perlawanan cuma seri 1-1 sekaligus malaysia kalah dgn agregat 4-6... :-(

Na cakap macamane kan, itulah adat pertandingan...
Ape2 pun GK (Apek) terbaikkkk...

Monday, July 25, 2011

Makan2 Sebelum Menyambut Ramadhan @ 25.7.2011

Bismillaahir Ramhmaanir Rahiim...

Hari ni kat opis saya wat majlis makan2 sempena na sambut Ramadhan... memandangkan kami di unit Penyata Rasmi ni mmg ramai, so da tentu macam2 makanan ada... dari yang berat hingga ke ringan.. alhamdulillah syukran kepada semua yang menjayakan majlis makan2 ni.. sedap dan mengenyangkan...


~ Staf Penyata Rasmi ~


~ Pn.Mona-En.Azhari-Saya ~

~ Red Velvet Cake ~

~ Soto Ayam & Nasi Lemak Sambal Udang ~

~ Aneka Kuih Muih ~

~ Laksam ~

 ~ Kek Batik & Puding Roti ~

~ Cocktail ~

Macam2 ada kan..untungnya ble ramai staf dalam satu2 unit ni.. sesekali na wat majlis makan2 mmg variety la yg dibawa (potluck)... secara x langsung masing2 menunjukkan bakat terpendam dgn hasil makanan yg dibawa... alhamdulillah..semoga apa yg dilakukan ini merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kami...  coming soon jamuan hari raya la kot... Insya-Allah...


Wednesday, July 20, 2011

Teringat kengkawan ketika sama2 di opis lama...apa khabar agaknya sekarang?

Mgkin secara kebetulan...
Hari ni saje sy terima 2 calls yg kedua2nya adalah rakan2 lama ketika bekerja di Putrajaya 7 tahun yg lalu... 3 tahun bekerja di bwh satu div bersama bos2 yg sgt sporting.. indahnya diimbas memori bersama dulu... yang semuanya manis2 belaka... Kepada Nora dan Haizura. semoga ikatan persahabatan yg terjalin ini berkekalan selamanya... begitu juga yg lain2 - Ina (yg jauh menimba ilmu nun di negara yg terkenal dgn kanggaroo nyer), Zura, Ati, Kak Rina, Daura, Shida (yg jge jauh di rome), Farid, Sumi, Bad, Mijal, Mazli...kalian tetap dalam ingatan...

~ ketika hari bertemu pelanggan wt haizura & shida ~


~ AJK PUSPAL @ WP ~

~ wt SUB, mad, zura & ana ~

Kalau diikutkan rakan2 perempuan yg sememangnya ditempatkan dlm 1 div hanya kami berempat - sy, Haizura, Ina dan Zura... Dgn mereka sllu juga la saling berhubung dan bertanya khabar kecuali Zura... terasa sgt da lama x dengar khabar berita darinya..last terima perkhabarannya pun ketika Zura na berangkat ke Tanah Suci 2 tahun yg lepas.. itupun sekadar sms yg dihantar... dan bkn x pernah sy kirimkan sms atau emel kpdnya tapi semuanya dibiar sepi (barangkali juga sibuk dgn xtvt harian... maybe) Ingatkan sy seorang yg merasa mcm tu..rupanya yg lain turut rasekannya... "awkkkkk, lamenya kte x bual2 mcm dlu...." wallahualam

Buat rakan2ku
Sy selalu mengingatkan diri sy akan ungkapan ini

"Indahnya dunia dapat dilihat dengan mata...
Indahnya hati x semua org dapat merasa...
TETAPI...
Indahnya persahabatan tidak ternilai harganya"
DAN
"Kenali sebuah pertemuan kerana di situ tercipta kemesraan,
Hargailah sebuah persahabatan kerana di situ tercipta kerinduan"

Semoga rakan2ku sekalian sentiasa di bawah lindunganNya, dipelihara kesihatannya
Amin...

Tuesday, July 19, 2011

Eh eh masuk Sinar Harian rupanyer...

Hurmm...ingat lagi tak dlm entry sblm ni tentang Cyberjaya Green Ride 2011...citenya semalam, salah seorang rakan FB abg "tag" keratan akhbar Sinar Harian ni.. tarikh siaran lak 22 Jun yg lalu..ermm camna ni da hampir sebulan dah cite ni baru sy dpt tau kuar dlm paper...

~ Sinar Harian @ 22 Jun 2011 ~


Rase ralat la plak sbb x beli time tu..rupanya gambo hazim ade dlm tu mse penyampaian hadiah utk Kid's Route kategori 6-7 Tahun...

Sunday, July 17, 2011

KL-BP-Muar-Puchong...

Alhamdulillah sy dan keluarga dan sampai rmh lebih kurang pukul 4.30 ptg tadi...cuaca yg elok menemani sepanjang perjalanan kami...satu malam tdo rmh mertua dan satu malam tdo rmh mak...mmg x puas rasanya...sian mak sbb masa kami balik td mak tggl sorang jer..mak cakap "alahai td kecoh2 pastu na balik dah..." sy jawab "bln depan kan na balik lagi..balik awal beberapa hari sblm hari raya..."

Bukan xna lewatkan perjalanan dari sana...mmg kebiasaannya kami bertolak awal...paling na elakkan situasi terperangkap dlm jam...bkn x pernah kena tapi pengalaman yg menggerakkan kami bertolak awal..mgkin ketika tu secara kebetulan la na kena..ermmm

~ sebahagian pokok2 yg ada dpn rmh mak ~

Jap lagi sy na tanam pokok terung bulat yg mak bawakan td...mak ckp tggl tanam jer kat tanah...so inilah projek sy ptg2 ni...tima kasih mak...sayang mak sgt2...muaaahhhhhh

Saturday, July 16, 2011

Balik kampung yeahhhhh: Taman Bukit Pasir @ 15.7.2011

Yeahhhh dekat stgh tahun gak x blk BP so smlm ptg selepas abis opis hour bermula la perjalanan kami ke BP..anak2 x sabar2 na sampai na jumpa ngn amicik ngn halacik hehehe..na tgk rabbit la..na main skate board la n mcm2 xtvt kanak2 riang ribena...

~ hazim.aiman.muhiit.ameer.nadhirah ~

Perjalanan kami ambil masa 3 jam dr KL heading to BP nonstop...itupun sepanjang perjalanan hujan  gerimis dan sesekali lebat...for sure la xde na berenti2 kat R&R...sharp kul 8 kami pun sampai...perut memasing tgh lapo n tgk2 umi da siap masak our favourite dishes..ada kambing black pepper, ada ayam kampung masak kari, burung puyoh goreng berempah...fuiyo meriah sungguh makanan atas meja...mcm2 ada...so x tgg lame terus la ngap jer...sedap n terbaikkkk...thanks a lot umi hehehehe...
 
 ~ fenn.mimi.kenny ~

Pagi ni awal2 anak2 da bangun terus tgk rabbit...asyik keje petik daun kedondong, daun kelo bagi rabbit makan...sian rabbit tu kne dera makan memanjang...tetiba amicik gtau dia kne gigit ngn rabbit...ermmm berdarah sudahhhhh...puas main kat luo...sambung dlm rmh lak main jutaria..ade yg main basikal tp kat dlm kwsn pago jer ler..sbb kat luo tu jln beso n bahaya na lepaskan derang main sendiri...


~ hazim & ameer ~

~ ameer kacau abg aiman & amicik ~

~ hala rodi tgh layan haziq ~

To be continued...

Friday, July 15, 2011

5S Accomplishment - Step 1 SEIRI @ SISIH

Sepanjang minggu ni sy da start mengemas sikit2 so hari ni kemuncak gotong royong cwgn Penyata Rasmi..asenya utk brg2 persendirian da byk yg sy angkut bawak balik...cme file yg agak2 mcm perlu ngn tdk jer sy ketepikan dulu..abis sume tampalan2 kat dinding tu sy cabut..clean n clear...


Bila sebut pasal 5S ni bukan takat luaran jer yg kne nilai..dalam2 drawer pun termasuk sekali..so kne la susun2 sikit bg nampak cantik termasuk gak yg bawah meja..sblm ni sy suke gak letak kotak A4... tp skrg da clear hehe



~ sume yg kat atas ni gambar2 sebelum ya ~

Alhamdulillah pagi ni masing2 sibuk mengemaskan kawasan persekitaran cubical..sume paper dan brg lain yg bole di recycle..kami da longgokkan di kawasan RED TAG..pasni kalau lori dtg, leh jual n duit tu leh la guna utk beli keperluan 5S step seterusnya..ade 4 lagi ni...


Thursday, July 14, 2011

Akhirnya surat yg ditunggu tiba jua...


~ surat kelulusan ~

Alhamdulillah
Walaupun proses amik masa yg agak lama
Semalam tiba jua surat kelulusan yg sy tunggu2
Tapi x bermakna semua da beres
Ada lagi step by step
Cuma da bole tarik nafas lega...

Mesti tertanya2 kan
Kenapa baru sekarang?
Memula sy ingatkan prosesnya x ler lama mana
Pendek kata mcm2 la prosedurnya

Paling utama kna make sure sy terselamat
Dari kena bayar penalti pd pihak bank
Nak x nak kne tgg lepas 5 tahun baru na wat full settlement
Banyak tu
Siap kne bayar lg kat pemaju gara2 lom dpt land title
(Masih dlm proses)
Tak buat rasa rugi lak sbb pikir long term nyer pasal
At least kurang dr amount sedia ada

"Baiti Jannati"

Wednesday, July 13, 2011

IET - Leadership Lessons From A Chef @ 13.7.2011

Sampai jer opis n punch card
Sy singgah bilik jap
8.15 pg bergerak ke INTAN Bukit Kiara
Sampai jer terus register n masuk audi
Tunggu "Speaker" (Chef Wan)

Memula terima memo terpikir gak
Apa gaknya kaitan IET ni ngn panel yg diundang
Sungguhpun hanya 3 jam masa yg diperuntukkan
Best sangat n x puas dengar celoteh Chef Wan
Mcm mane kte tgk kat TV mcm tu la beliau...


~ Chef Wan ~

Beliau bukan saje hebat dr segi masak memasak
Tapi mendengar rentetan sejarah kejayaan beliau
Membuatkan sy mengkagumi personalitinya

Antara kata2 yg sempat sy catitkan di sini...
Mungkin juga perangsang buat diri sy

"Life is about sacrifice"
"Whatever you want to be and above that
BE THE BEST"
"Don't be someone else that you are not"
"Build a trust in a friendship"
"Respecting others"
"Conceive and believe"
"Find love in your HEART"

Semoga apa yg sy kongsikan di sini
Menjadi peringatan utk diri sy

Tuesday, July 12, 2011

Jom bersih dan membersihkan...

Sepanjang minggu ni sy membizikan diri...
Di samping tugas hakiki...
Kemas sikit2 ruangan tmpt keje..
Maklum jer la Jumaat ni kemuncak gotong royong
KihKih...


~ sebelum dikemas ~

Ok na start dr meja dulu
Bersepah sungguh..nmpk x kemas erk...
Macam2 ade...
Peringatan utk diri sendiri
On going nyer pelaksanaan ni yea...

Tunggu...

Sunday, July 10, 2011

XTVT pagi hari Ahad...


~ bukti sy sampai sini hehehe ~

Yessszzz akhirnya...
Lepas subuh sy terus bersiap
Kul 7 jer belezuppp
Mulakan kayuhan dari Nusaputra terus ke Cyberjaya
Patutnya xtvt ni sy buat smlm tp pagi2 da hujan
Terus cancel hahaha


~ da pusing se"round" ~

Alhamdulillah pagi Ahad cuaca cerah
Kayuh nyer kayuh pergi balik total 35km
Ok la sangat tu utk beginner mcm sy
Dari semalam da plan na kayuh berdua ngn abg jer
Kalau anak2 follow kesian la plak
Maklum jer la sy pun mengah gak daki bukit


~ jom bang, ready utk kayuhan bukit ni ~

Heading to Persiaran Ceria-Cyberjaya
Huaaa...tinggi bole tahan

Best sgt rsenya ble berjaya sempurnakan kayuhan
Walaupun bukit agak tinggi kat Cyberjaya tu
Sambil2 tu mahirkan diri ngn penggunaan gear
Paling best masa turun bukit..fuiyooo
Sejukkkk jer
Tu yg best ble kayuh pagi...sebab...
Cuaca mmg cantikkk la tak panas
Insyaallah jadi xtvt mingguan sy lepas ni

Wednesday, July 6, 2011

Happy 4th Birthday for our beloved Syed Ameer


~ walnut carrot cheese cake ~


~ birthday boy ~

Selamat Hari Lahir Sayang..
Hari ni Ameer genap 4 Tahun..
Tahun depan da bole g school mcm abg Aiman & abg Hazim
Mama tau Ameer anak yg baik
Biasa la kalau nakal sikit2...
Kalau Mama, Ayah atau Abg2 marah tandanya sbb syg kat Ameer


~ thanks ayah ~

Balik keje nanti mama ajak ayah singgah kedai kek ya..
Walaupun mama x buat majlis panggil kawan2 Ameer tapi..
Tiap tahun mama x pernah miss beli kek
Setiap kali Hari Ulang Tahun anak2 mama...
Malam nanti kita amik gambo Ameer potong kek tau
Mesti Ameer suka...

Mama, Ayah, Abg Aiman, Abg Hazim & Adik Haziq sayang sangat kat Ameer...
Sayang sangat2 tau...
Semoga Ameer membesar dengan sihat, belajar pandai2, mendengar kata...
Semoga Ameer menjadi anak yg soleh dan jadi kebanggaan Mama & Ayah
Dunia dan Akhirat, Aminnn

Sunday, July 3, 2011

Hari lepak2 di rumah jer...

Heeee ari ni sy n fmly xkua g memana...sbb smlm da terlebih berjalan..lenguh n mengantuk jer...siap keje rmh n segala bagai..ari ni na mengetes belajo2 wat pizza..lgpun anak2 suka so pasni xyah la na membeli lg hehehe

Oh ya semalam ptg (lepas zohor) saya bawa anak2 ke sogo sbb na carikan baju raya - tshirt n seluo..dptla sorang sepasang jer dlu sbb sblm ni bru jer belikan t-shirt sorang sehelai gak termasuk adik haziq...pegi weekend fuh penuh org..mujur sy x melepak kat G-floor tu sbb asenya intention utama mmg na cari utk anak2 jer dlu..tupun rmbang mata kalau da sumenyer sale n mcm2 pilihan...sempatlah sy ke bhgn supermarket tu beli bhn2 na wat pizza...yesssz

Lps jer masak lauk utk tgh td..startla buat toping pizza..resepi org n mmg sy ikut bute2 la..siap bhgn toping masak, sy start uli tepung..biarkan naik dlm stgh jam sblm start bakar stgh masak...part plg sy suke mse susun2 toping dia..ikut suke la na bubuh ape pun...last skli letak cheese atasnya n sedia utk dibakar...


~ base dia da bubuh topping ~


~ selagi ade bubuh jer ~


~ cheese time ~

~ melting ~


~ sedia utk dimakan ~

Orait inilah hasilnya..rase not bad secukup rase..berbaloi gakla ngn bhn2 modal yg sy beli tu ngn rse dia...bila tarik bergetah2..mase dlm oven x sesabo tgg cheese tu cair..hehehehe xcited tul...insya-Allah len kali leh r wat lagi..makan selalu2 pun muak...sesekali tu ok la kan...janji abg n anak2 suke...puas ati sy..kihkihkih

Saturday, July 2, 2011

Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan @ 2 Julai 2011

~ Berita Harian - 11 Jun 2011 ~

Nyanyi Ramai-Ramai

1Murid 1Sukan

Semarakkan 1Murid 1Sukan
Bersatu Kita Wujudkan Perpaduan
Tingkatkan Kecemerlangan 1 Bangsa Malaysia

Berdisiplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1 Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1Murid 1Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1Murid 1Sukan Terus Cemerlang

Amalkan Semangat Kesukanan
Tingkatkan Mutu Sukan Malaysia
Semangat Setiakawan Amalan Kita
Semoga Rakyat Makmur Sejahtera Malaysia

Berdisiplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1 Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1Murid 1Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1Murid 1Sukan Terus Cemerlang
Kita Jayakan

Berdasarkan keratan akhbar di atas maka hari ni la berlangsungnya pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yg diadakan serentak satu malaysia yg dimasukkan dalam Malaysia Book of Record...xtvt pertama adalah beraerobik sblm larian serentak 1Murid 1Sukan, disusuli sukaneka untuk Tahap 1 dan bola sepak/bola jaring utk Tahap 2...




Tambah meriah apabila ibubapa turut sporting turut serta dlm larian tersebut...xler berapa jauh cuma 1.5km jer...


~ acara sukaneka untuk murid Tahap 1 - Darjah 1 ~


~ acara sukaneka untuk murid Tahap 1 - Darjah 2 ~


~ acara ibubapa vs guru SKCJ ~


~ tukang sorak jer ni hehehehe ~

Selesai la xtvt hari ni merangkap sekolah ganti rupenya...