Sunday, September 30, 2012

Temasya Sukan Tahunan SKCJ @ 30 September 2012

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim


Lama da rasenya x mengupdet xtvt dlm blog..  so kali ni cuma na cite2 jer pasal Temasya Sukan kat sklh anak2 (Aiman & Hazim). Kul 7.15 kami bertolak ke sklh sbb murid2 kena ada di sklh pukul 7.30 pg... datang awal dptlah park dekat2 ngn pago sklh :-)

~ Ucapan Perasmian oleh PPD ~

Tahun ni abg Aiman jer yg masuk acara.. tu pun yg satu lagi da diadakan seminggu awal masa sukantara dan satu lagi masa hari temasya.. Hazim jer x masuk sbb awal2 da kalah katanya.. xpelah.. so xdelah dia ikut g sklh tadi..  program bermula pukul 9 pg sebaik sahaja perasmian dimulakan oleh PPD Sepang.

~ INSPIRA ~

Sampai2 jer kat sklh, abg. Aiman terus ke khemah rumah biru

~ PERDANA ~

Ni dia Rumah Perdana yang menjuarai acara perbarisan dan hiasan rumah tercantik bagi tahun 2012.. cute jer persembahan adik2 ni yg membawakan mascot ANGRY BIRD :-)


~ Acara Balapan Akhir ~

Acara balapan akhir sedang berlangsung di tengah2 padang walaupun cuaca agak terik ketika ini

~ Juara Kejohanan ~

Tahniah kepada Rumah Inspira kerana berjaya menjadi juara tahun ini.. Olahragawan dan Olahragawati yg juga dari rumah Inpira serta pencapaian rekod baru yg telah dicapai.


 ~ Hadiah abg. Aiman & Ayah ~

Walupun berpanas di tengah padang... terserlah kepuasan pada wajah anak2 yg memenangi acara disertai. Kepada semua yg terlibat dalam menjayakan Temasya Kejohanan SKCJ 2012, syabas dan tahniah diucapkan hingga jumpa lagi di tahun hadapan

No comments:

Post a Comment