Wednesday, December 28, 2011

Minggu2 terakhir cuti persekolahan sesi 2011

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Pejam celik kurang seminggu jer lagi anak2 akan mulakan sesi persekolahan 2012.. Bermakna 3 org anak2 mama yg akan bersekolah pd sesi 2012 termasuk Ameer yg akn memulakan sesi tadika 5 tahun di Tadika Cahaya Intan - TPP.. Setakat hari ni, segala pakaian dan kerja2 menyampul buku teks telahpun dilaksanakan.. bermakna tggl hal2 berkaitan yuran dan pembelian buku tulis di koperasi jer yg masih dlm list menunggu

Bermula sesi 2012 juga.. hazim akan mula bersekolah di SRA TPP sementara abg aiman masih menunggu sama ada kelas utk Darjah 3 akan dibuka utk sesi petang atau lgsung tiada.. Mudah2an ada sbb setakat ni seramai 13 org telahpun mendaftar dan hy menunggu lagi 2 org utk genapkan 15 murid utk buka sebuah kelas... Memandangkan murid2 terdiri dari 3 buah taman perumahan berhampiran dan sekolah rendah yg berasingan menjadikan sesi petang dipenuhi oleh murid2 dr SK Cyberjaya yg kesemuanya bersekolah di sesi pagi... Mudah2an segalanya dipermudahkan

Lega juga rasanya bila rutin harian sy di pejabat tak la sesibuk waktu2 sebelum ni.. Masa yg ada ni sy manfaatkan sepenuhnya mempersiapkan segala keperluan anak2 termasuk percutian keluarga yg baru jer berlalu.. Alhamdulillah kami seronok meluangkan masa bersama.. Insyaallah weekend ni sy, abg n anak2 akan ke JB.. lgpun da lame sgt x ke sana...

~ End ~

Tuesday, December 27, 2011

Cuti-Cuti Part 2 @ 19 Dec 2011

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim


~ Welcome to Terengganu ~

Hari ni merupakan hari kedua kami kat Kuantan, lepas jer breakfast di Garden Terrace, kami bertolak ke Kuala Terengganu.. Alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan pergi sgt baik dan dpt la menikmati panorama sepanjang perjalanan.. Maklum jer la sbb 1st time na ke Kuala Terengganu... Berhenti makan tengahari di Medan Selera Pantai Batu Burok sebelum teruskan destinasi ke Masjid Kristal.. Sampai jer pintu masuk ke Taman Tamadun Islam... gerimis semakin lebat, masuk semula dlm kereta n terus ke Masjid Kristal dan solat.. dapatlah pusing2 sekitar MK tu n ambil gambar kenang2an.. 
~ aisyah, rodi, arfah ~
~ elia, sy, haziq, aisyah, nadhirah ~
~ hazim ~

Destinasi kedua kat bandar KT adalah Pasar Payang.. Ralit gak mata bila singgah kedai ke kedai... Dapatlah sy beli 3 pasang batik kat sana.. memang rambang mata la..mcm2 corak ada dan cantik2 semuanya.. Puas meronda kat bahagian atas, sy singgah kat bhgn bawah plak beli la juga keropok2 ikan yg blm bergoreng tu kat sana..
~ hazim, aiman, muhiit, ameer ~
 
~ aiman, abg, haziq ~

Hari pun semakin ptg, dlm perjalanan balik, kami singgah di Masjid Terapung sementara umi menantikan ibu saudara Elia yg tggl berhampiran kawasan tu.. Seterusnya kami dibawa makan malam di restoran berhampiran... Macam2 yg diorder dan sedap2 belaka..Alhamdulillah kenyang.. Sebelum meneruskan perjalanan balik kami singgah sekejap di rumah mama Ain utk solat maghrib dan lebih kurang pukul 8 mlm kami bertolak balik ke Kuantan... 3 jam perjalanan hingga selamat sampai di hotel penginapan

Yeah... esok xtvt santai kat Kuantan jer...

Wednesday, December 21, 2011

Puchong-Kuantan-Kuala Terengganu-Puchong 18-21 Dec 2011... Day 1

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Percutian yang ditunggu2 telahpun berlalu dengan selamat... 4h3m macam lama tp bila da melaluinya rasa sekejap la pulak. Bertolak awal pagi seawal 6.30, kami bergerak terus ke Kuantan melalui LPT (1st time ikut LPT) sbb last g Kuantan adalah 11 tahun yg lalu hehe. On the way pergi tu bertemankan hujan sekejap2 di sepanjang perjalanan dan destinasi pertama kami meronda ke bandar Kuantan dan masuk ke East Coast Mall.. masa tu da pukul 11 pg apalagi kami terus lunch di RasaMas

~ We are in Green ~
Perut da kenyang, kami tawaf dulu keliling East Coast Mall.. sebenarnya na lengah2kan masa supaya sampai jer di hotel terus check in.. anak2 mmg dah x sabar time ni.. papepun..kna la isi perut dulu..lgpun da time lunch... Sampai hotel..cun2 jer bilik da ready cme family room jer lom lg (xpelah sbb umi pun masih otw lagi..so by the time sampai tu terus check in la...)

Rehat sekejap anak2 da x sabar tukar swimming suit masing2.. time utk menceburkan diri dlm pool... mcm biasa, sy sekadar pemerhati tepi pool merangkap camera woman.. seronok betul tgk gelagat anak2 dlm air, sampai da menggigil2 pun x puas2 lg berendam... tenangnya rasa time ni..lupe sekejap hal2 opis haha

To be continued...


Wednesday, December 14, 2011

Mood cuti-cuti sudah mari...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Dah ujung2 tahun ni, biasanya ibu bapa da buat plan cuti2 ngn keluarga kan... sy pun slh sorg darinya la hehehe... siap2 plan dari bln jun lagi sbb reservation mmg kne buat awal2.. kalau last minit leceh la.. destinasi kali ni ke pantai timur la plak.. 4d3n insya-Allah

2-3 hari ni sy da start kemas kain baju yg na dibawa.. kemas awal2 sbb xnak la ade yg tertggl itu ini nanti..so settle bab baju2 n segala bagai :-) ank2 pun nmpk excited ble mama da start berkemas.. hari2 tgk kalendar hahaha..

Penutup percutian utk tahun ni insya-Allah na ke selatan lak.. da lama x ke sana n sambil2 tu leh singgah uma angah.. semoga semuanya dipermudahkan.. Amin.

Saturday, December 10, 2011

Happy Birthday My Love

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Selamat Hari Lahir Abang
Selamat Hari Jadi Ayah
Semoga dikurniakan umur yg bermanfaaat
Rezeki yg halal
Jodoh yg membahagiakan
Hidup yg dirahmati di dunia dan akhirat
Love u so much...

Seharian gak pada hari ni
Kami menghabiskan masa di luar
Makan2 jalan2
Melayani keletah anak2 yg terserlah keseronokannya

Selepas asar, kami keluar lagi
Destinasi ke Bagan Lalang
Makan2 lagi...

Allamdulillah