Monday, October 31, 2011

Yeah.. da sampai!

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Tiap kali tiba hari isnin mesti dikaitkan ngn Monday Blues erk.. sbb 2 hari dah rest dari mengadap keje2 opis pastu baru na start mgg yg baru... tapi ble da lama2 sgt cuti lak.. teringat lak na p opis.. roda2 kehidupan.. macam biasa awal2 pagi isnin ni rutin xla sesibuk mana.. menjelang ke tengahari.. nah dia... x putus2 sampailah ke hari jumaat... mcm tulah rutin seminggu sy

Apa yg best hari ni sbb lps lunch td sy dah pun terima parcel yg ditgg2.. projek mengumpul koleksi novel2 terbaru.. ni dia... pemilihan lak berdasarkan sinopsis dlm laman web... x pk pjg terus order secara online.. mudah dan cepat :-)

~ novel karyaseni ~

lepas ni dua lagi akn menyusul hehehe..

end

Monday, October 24, 2011

Happy 7th Birthday My Beloved Hazim...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

~ Happy 7th Birthday Boy ~
~ With Beloved Cousins ~
Alhamdulillah...hazim genap 7 tahun hari ni
Imbas 7 tahun yg lalu
Hazim lahir hari ke-9 umat Islam berpuasa
15 hari awal dari jangkaan dgn berat 2.52kg
Mama ngn ayah tentunya plg happy
Abg Aiman wlupun ketika tu masih kecil
Suka bila dpt adik
Mama, Ayah, Abang n Adik sayang Hazim
Semoga membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh
Amin Ya Rabbal A'lamin
We Love Hazim

Saturday, October 22, 2011

Mini Gathering Ex-WP @ 22.10.2011

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
Alhamdulillah
Setelah tertangguh sejak minggu terakhir Syawal
Hari ni 22.10.2011 berjaya gak merealisasikannya
Terima kasih kengkawan yg sudi hadir bersama ole2 masing2
Irda mendahului yg lain, diikuti Nora, Dora, Arusti, Amrina n lastly Zura
Last minit Shida dan Noh ada hal yg x dpt na dielakkan
Insya-Allah mudah2an..gathering kita x berakhir kat sini

Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi

Sunday, October 16, 2011

Congrats to Nusaputra Cycling Racing Team

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

16 October 2011
OCBC CYCLE MALAYSIA 2011 

Seawal pukul 4 pg sy, abg n anak2 da bangun
Kami bertolak awal dari rumah
Lps solat Subuh di Masjid India kami bergerak ke Dataran Merdeka
Masih awal lagi...
Acara bermula lebih kurang 6.35 pg...
~ abg, rizan, yous, rizal ~
~ Medal ~
~ congrats ~
Untuk abg n team Nusaputra Cycling Racing Team
Syabas kerana berjaya habiskan kayuhan dlm lingkungan masa yg ditetapkan
Walaupun ada yg cramp n tayar pancit, kayuhan tetap diteruskan hingga penamat
Terpancar senyuman kepuasan dgn medal masing2
Alhamdulillah

Thursday, October 13, 2011

Sharing is Caring

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Alhamdulillah lega rasanya bila da settle rutin tugas harian di ofis.. sementara nantikan tugas hari ni sy ambil masa utk buka emel2 lama yg diforwardkan rakan2 walaupun kawan atas kawan (terima kasih yg tidak terhingga).. sebenarnya byk yg bole dikongsikan bersama di entry kali ni.. mudah2an menjadi amalan harian kita semua, insya-Allah

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam


......dan yang paling penting dibawah ini........


Selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia..
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Friday, October 7, 2011

Done

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Alhamdulillah
Keserabutan sy utk seminggu ini selesai jua
Berkorban tenaga dan masa
Wow banyaknya hutang masa bersama keluarga
Terutama melayan keletah Haziq yg tgh membesar
Untuk abg n anak2 mama, esok dan lusa kita ada dua hari off
Insya-Allah :-)

Monday, October 3, 2011

Mengkuarantinkan diri...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Lama x update entry baru.. 8 hari menghabiskan MC di rumah (23-30 Sept '11).. mengkuarantinkan diri sbb bimbang gak kalau berjangkit.. ingatkan kali ni mama sorang jer kne rupanya serentak ngn abg aiman n abg ameer.. kesian kat anak2 ble time malam mula la rasa na menggaru jer... rupanya inilah penangan chicken pox.. org tua2 kata kalau da pnh kene, xkn kna lg tp ade gak kengkawan yg kna 2-3 kali... wallahualam...  apa2pun makan la ubat yg doktor bagi, insya-Allah sembuh cma kesan2 parut tu mayb amik masa sikit la na hilang sepenuhnya

Sedikit info tentang Chicken Pox -

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php