Wednesday, September 21, 2011

Perkongsian Ilmu

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan
dan pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sebenarnya ini merupakan entry hari Khamis yg lalu.. Saja na berkongsi ilmu iaitu kesempatan sy mengikuti kursus anjuran JPM bertajuk "Menangani Isu-isu Perkahwinan Melalui Kaunseling Pasangan" Sebuah kupasan yang menarik hasil penyampaian pasangan suami isteri Ustaz Che Hashim Mat Said & Ustazah Hajah Zawiah Hassan

Antara intipati yg disampaikan berkenaan "Tunjang Kebahagiaan Rumah Tangga" haruslah ada ciri-ciri seperti:
* Ta'aruf iaitu kenal mengenali
* Tafahum iaitu faham memahami
* Tasamuh iaitu berlapang dada
* Taradhi iaitu reda meredai
* Ta'awun iaitu tolong menolong

disertai amalan doa-doa yg dimulakan dgn Al-Fatihah dan Ayat Kursi serta amalan surah-surah:
* Surah Insyirah ayat 1-8: Doa semoga anak-anak dipermudahkan menerima pelajaran
* Surah An-Nur ayat 30: Doa untuk terangkan hati
* Surah Thoha ayat 1-5: Doa pelembut hati (ditiup ke ubun2 anak2)
* Surah Ibrahim ayat 40: Doa semoga anak2 tetap mengerjakan solat
* Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yg baik
* Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
* Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
* Surah Yassin ayat 22-23: Doa untuk menjaga akidah dan memberi hidayah kepada anak
* Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
* Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan dan menyenangkan hati ibu bapa/doa  untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Insya-Allah ubat dlm segala ubat adalah Al-Quran

Alhamdulillah.. byk perkongsian ilmu yg sy perolehi sepanjang hari berkursus tersebut.. insya-Allah akan sy praktikkan dlm kehidupan sy sekeluarga.. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Baiti Jannati

Monday, September 19, 2011

Jamuan Raya Opis @ 19.9.2011

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
Tiba hari yg ditunggu2 untuk semua staf Penyata Rasmi
Boleh dikatakan acara wajib setiap tahun

~ Penyata Rasmi @ Dokumentasi ~  
 ~ Gambar Ihsan Dari Camera Ju ~
 ~ Q ~
 ~ Main Menu Nasi Ayam ~
~ Nasi Ayam ~
 ~ Macam2 Ada ~

Kelebihan mempunyai staff yg ramai
Macam2 menu sedia terhidang
Tak kira la dimasak sendiri atau tempah... yg pasti variety
Insya-Allah kenyang hingga ke petang

Friday, September 16, 2011

Happy 11th Anniversary & Cuti2 With Family

 
~ Our Beloved Family ~
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Hari ini (16.9.2011) genap 11 tahun usia perkahwinan kami..
Sempena keberkatan Syawal ini, kami memohon semoga ikatan yang suci ini..
Sentiasa berada dalam Keredhaan dan KeberkatanMU...
Amin Ya Rabbal Alamin

~ Happy Hour ~
~ Ameer ~
~ My FIL ~
~ My SIL ~
~ shoot ~
Alhamdulillah... anniversary ke-11 ini kami sambut sempena percutian keluarga di PD
Menginap 3h2m di Paradise Lagoon Apartment
Ini merupakan percutian ke-2 pd tahun ini bersama keluarga mertua
Seronok melihat keriangan anak2 bersama amichik ngn halachiknya
Pagi dan petang byk masa dihabiskan di swimming pool
Adik Haziq pun bukan main suka bila direndam dlm pool
Saya? duk tepi jerlah sambil perhati keriangan mereka

~ LOTS OF LOVE ~





Monday, September 12, 2011

Makan2 Hari Raya @ 10.9.2011

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Sabtu lepas, alhamdulillah selesai majlis makan2 di rumah.. terima kasih banyak2 pd kengkwn  yg dtg termasuk jiran2 tetangga yg sudi melapangkan masa hadir pd hari tersebut wlupun dimaklumkan jalan jem sana sini gara2 ramai yg pegi 'open house' ujung minggu

~ Jiran2 Nusaputra ~

~ Officemate-Ziana n Anak2 ~

~ Jiran2 ~ 
~ Officemate-Kak Supiah n Jiran2 ~

~ Officemate Azmir n family ~
Cuaca agak mendung hari tu sbb hujan turun agak lebat seawal pagi dan juga pd tgahari... Opismate abg antara yg terawal sampai ngam2 sebaik selesai sume menu makanan yg tersedia hari tu.. disusuli kehadiran serentak yg lain sebaik ujan berhenti jam 2.30 lebih kurang berterusan sehinga tetamu last yg dtg pd pukul 8.15 mlm

Terima kasih semua... :-)

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya 2011


x cakap salah
x ucap pun salah
bila pikir mcm x salah
tapi entah2 byk buat salah
rasanya x salah
tapi x kisahlah

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN