Friday, August 26, 2011

Balik Kampung

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
~ bismillaahi majre haa wa mursa haa...`inna rabbi i, la ghafuwrur rahiim ~

berhati2 di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, August 23, 2011

Iftar hari ke-19 bersama mak n adik2...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Alhamdulillah, pada hari ke-19 kita semua berpuasa... sy, mak dan adik2 dapat meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama... julung2 kali dapat mengumpulkan semua adik2 yg duduk/bekerja di sekitar klang valley kecuali pada hari raya.. tambah seronok bile mak pun datang, tima kasih mak, sayang sgt kat mak :-)

 ~ as & mak ~
 ~ ila & twins ~
 ~ iza ~
Kesoronokan turut terserlah kat wajah anak2 n anak2 saudara sy yg tersayang sebab bukan selalu dapat kumpul ramai2 macam ni.. memandangkan mereka semua masih anak2 kecil so terserlah la keletah masing2 bila berjumpa antara satu sama lain... Terima kasih adik-adikku... kepada angah, man dan adik... insya-Allah hari raya ni kite kumpul semua yer...

End.

Friday, August 12, 2011

Abah dalam kenangan...al-Fatihah

 
Bismillahir Rahmaanir Rahiim

~ 12.8.2002 - 12.8.2011 ~
9 TAHUN BERLALU
AL-FATIHAH BUAT ABAH
SEMOGA ROH ABAH TENANG BERSEMADI DI SANA
BERSAMA-SAMA ORANG YANG SOLEH
DOA DARI ANAK-ANAKMU
SENTIASA MENGIRINGIMU
KAMI SAYANG ABAH
 
DOA UNTUK AYAH-IBU
"Allaahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhumma kamaa rabbayaanii shaghiiraa"

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan kasihanilah keduanya
~ sebagaimana mereka mengasihiku pada waktu kecil ~


Ayah dan Ibu

Ayah dan ibu(2x)
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

Ayah dan ibu(2x)
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati

Ayah dan ibu wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

Insya-Allah
Amin

Wednesday, August 10, 2011

Blackout...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Petang semalam mse sy sampai di rumah, anak2 bgtau tv on n off, ermmm nape plak tu? Sementara ayah tlg tgk2 kan apa yg berlaku kat atas, sy kat dapur tgh bancuh tepung na buat cekodok udang... tetiba anak2 panggil n bgtau "karen" xde...ingatkan trip mcm yg pernah berlaku sebelum2 ni tp rupanya main cable jiran sblh rumah terbakar (itupun setelah 2 org kakitgn TNB dtg check meter kat depan) 3 rmh terbabit.. katanya nx team akan dtg utk baiki.. sekali lagi abg hubungi talian 15454 tu sbb tunggu2 derang x sampai2 lagi... lebih kurang kul 7.10 malam team TNB sampai dan lakukan kerja2 baik pulih.. alhamdulillah bekalan pulih lbh kurang pukul 8.50 mlm.. check sekali barang2 elektrik kat rmh n dapati 2 brg rosak (kipas angin berdiri ngn set hi fi) aduyai tp katanya leh claim ngn TNB.. walluhualam...

~ lilin yg menemani kami waktu berbuka semalam ~

Pagi tadi sy hubungi pihak TNB melalui ruangan Chat with us sbb na ty prosedur na wat claim tu.. lgpun ni 1st time jadi kat sy.. Berdasarkan maklumbalas diberikan, kena lak buat report polis dlu n sertakan no rujukan laporan kerosakan smlm, orait in progress sbb ptg ni singgah balai wat report.. dalam pada tu jiran sy call gak td bgtau barang dia yg rosak sampai 7 biji - aircon, mesin basuh etc.. lg la byk huhu.. xpe la kte proceed ngan laporan polis seperti mana yg diberitahu dan insya-Allah ada la jalannya nanti

End.






Monday, August 8, 2011

Kisah pagi Isnin @ 8.8.2011

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Pagi ni sy agak lewat keluar dri rmh.. rutin biasa lepas hantar anak2 ke sekolah baru g keje... Kereta sudah banyak maaa... tu la kalau kuar lewat mmg kne sabar byk2... dalam hati x putus doa supaya tiba opis sblm kul 8 pg.. 

Nak jd cite, kat Plaza Tol MEX putrajaya menuju ke KL jer td stuck kat 3 lorong TnG n smart TAG... palang penghadang xmo naik daa... sudahnya q semakin panjang... Sebelum2 ni kalau setakat satu lorong TnG dan smart TAG berfungsi waktu pagi mmg da biasa sgt (sepatutnya pihak pengurusan lebih peka sebab waktu pagi ramai pengguna lebuh raya) bila x semua lorong di plaza tol dibuka..mmg berderet la jawabnya... da mcm lorong tunai ler plak ble da berderet2 tu... :-(


~ lampu hijau tp kereta x bergerak ~

Bila da terselit kat deretan kenderaan yg byk tu, ke depan x bole, mengundur pun x bole, na ke lorong sblh lg la x bole sbb deretan kun2 yg ada.. x pernah2 berdepan ngn situasi mcm ni, da la lmbt keluar dari rmh kat plaza tol stuck pulak..ermm ble da lmbt, mcm2 leh jd...

End

Sunday, August 7, 2011

Weekend...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
Sabtu
Minggu ni mmg xde plan na kemana2
Selepas zohor keluar sekejap
Plan na ngecat dinding kesan "mural" anak2 ksygn
Pantang jumpe pen/pensil, dinding lak jd sasarannya
Kalau sikit2 ok lagi na mengelapnya tp byl lak spot nya
Apalagi, mengecat juga ler kesudahannya
Lepas asar, sy start masak juadah utk berbuka
Menu biasa jer - nasi impit, lodeh, rendang daging, kuah sate dan puding roti
Alhamdulillah syukur dgn nikmat rezeki hari ni

Selepas berbuka baru perasan ada MMS yg lom dibuka
Terkejut gak sbb x pula dimaklumkan tentang apa
Rupanya peristiwa rumah jiran lama kami terbakar


                   ~ MMS Kesan Kebakaran ~

Nasib baiklah anak2nya yg ditgglkan kat uma tu sempat menyelamatkan diri
Sebelah malam sempatlah sy dan abang ziarah keluarga mangsa
Speechless...semua brg2 dlm rmh x dpt diselamatkan
Iktibar utk diri sy juga
Jgn sesekali tgglkan anak2 yg masih kecil sendirian di rmh

Ahad
Sepanjang pagi kami habiskan masa di rumah jer
So xtvt biasa jer
Menu berbuka lak buat nasi ambeng
Sebabnya request dari Aiman
Kebetulan buatnya xla sesukar mane
Alhamdulillah nikmat rezeki berbuka kami :-)

Tuesday, August 2, 2011

Berlalu sudah hari pertama Ramadhan 1432H

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Alhamdulillah Ramadhan memasuki hari ke-2 hari ni
Semalam, kami bersahur seisi keluarga termasuk adik Haziq jam 5 pg
Serentak melatih anak2 berpuasa
Abang Aiman alhamdulillah masuk tahun ketiga berpuasa
Abang Hazim, Abang Ameer baru belajar berpuasa
Adik Haziq sbb mmg selalu bagun awal, lebih awal dari mama ngn ayah

Tengahari
Sy telefon ke rumah
Rupanya balik jer dari sekolah td, hazim makan aiskrim
Sy ty hazim knp x tunggu waktu berbuka?
"Hazim lapar la ma..."
Sy sambung, hazim cakap na puasa sama2 kan?
"Ameer tu boleh makan?.."
Ada jer jawapannya
Bibik bgtau dia x sempat na halang hazim td
Harap2 hari ni dapatlah hazim tahan sampai waktu berbuka
Tak sabar tggu tengahari ni lepas aiman hazim balik dr sekolah
Spotcheck hari kedua :-)

Petang
Jalan agak sesak mse balik keje semalam
Masing2 berkejar na sampai ke rumah
Sampai rmh sempatlah bw anak2 ke pasar Ramadhan
Banyak kuih muih yg da habis
Niat hati na cari kuih seri muka
Takpelah mayb bkn rezeki sy.. da habis
Cuma beli sup tulang ngn roti john
Kat rmh da siap daging masak kicap, telo dadar ngn sayur buncis goreng
Cukuplah utk juadah berbuka hari ni
Alhamdulillah

Monday, August 1, 2011

Ramadhan bertamu lagi...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Tiada Bicara SEINDAH ZIKIR
Tiada Harum SEMERBAK SYURGA
Tiada Ibadah SETENANG SOLAT
Tiada hari SEMURNI JUMAAT
Tiada bulan SEMULIA RAMADHAN

Salam Ramadhan 1432H
Semoga Allah SWT memberkati kita semua dengan Iman, Taqwa, Kebahagiaan, Kesabaran & Kesihatan dalam menjalani ibadah puasa
Semoga ibadah kita akan diberkati dan mendapat ganjaran yang sebaiknya dari Allah, insya-Allah
Amin...